Saturday, June 8, 2013

Tanaman Buluh Rebung Madu ( Baka China )

     
Teknik Asparagus ini, sesuai ditanam menggunakan baka China. Tanaman percubaan telah saya lakukan ditanah yang mempunyai keluasan setengah ekar sebanyak 150 pokok. 
Setelah setahun diusahakan dapat memberi pulangan RM 6000 setahun atau RM 500 sebulan . Ini termasuk penjualan rebung dan benih . 

Teknik penanaman ini sangat sesuai ditanam bagi mereka yang mempunyai keluasan tanah yang terhad serta boleh mendapat pulangan yang lumayan.



Selamat menonton . terima kasih .


Wednesday, January 16, 2013

Tempahan Tahun 2013



(Januari )

1.  Zul, Segamat   - 100 benih Cina (Ambil 27/1/13)
2.  Borhan, Bangi - 50 benih Cina (Telah dihantar)
3.  Hajah, Simpang ranggam - 50 benih Cina (Telah diambil)
4.  Laila, Melaka - 300 benih Cina (Telah dihantar)
5.  Din, Tangkak - 500 benih Thai (Telah diambil)
6.  Rafiq, Nilai  - 200 benih Thai (Telah dihantar)
7.  Bakar, Temerloh  - 100 benih Cina (Telah dihantar)
8.  Hafiz, rembau  - 100 benih Cina / 100 benih Thai (Telah dihantar)
9.  Azli, Pontian - 100 benih Thai (Hantar 27/1/13)
10.  Khidir, Batu Pahat  - 200 benih Tempatan (Ambil 26/1/13)

(Februari)

1.  Md Nor, /Sri Medan  - 200 benih Cina (Ambil 24/2/13)
2. Bahrum, Nilai - 200 benih Cina (Hantar 23/2/13)
3. Haji Manaf , Dengkil - 100 benih Cina (Hantar 10/2/13)
4. Ridwan, Klang - 100 benih Thai (Hantar 17/2/13)
5. Fatimah, Rawang - 150 benih Thai / 100 benih Cina Hantar 17/2/13)
6. Zairi, Rawang - 100 benih Cina (Hantar 3/2/13)
7. Kamal, Gombak - 150 benih Thai Hantar 10/2/13)

(Mac)

1. Mokhtar, Sabak Bernam - 150 benih Cina (Hantar 3/3/13)
2. Sidek, Pontian - 100 benih Thai (Hantar 10/3/13)
3. Esah, Segamat - 100 benih Cina (Hantar 17/3/13)

(April)

1. Maimun, Klang - 100 benih Cina

Sebarang Tempahan Boleh Terus Menghubungi Halim : 0132935710

Terima kasih !








Monday, January 14, 2013

Selamat Tahun Baru !



Assalamualaikum 
Selamat Tahun Baru ! saya tahu sudah terlambat untuk saya ucapkan di atas kekekangan masa.

First of All, terima kasih atas kesudian anda yang membaca blog saya.
Alhamdulillah Kebun Buluh rebung madu saya tumbuh dengan subur dan banyak benih yang saya telah perolehi dan juga rebung madunya setelah genap usianya setahun. Permintaan benih yang terus meningkat menguatkan lagi azam saya untuk terus kembangkannya. Walaupun, adakala benih yang saya tanam tidak hidup , namun 
saya tidak berputus asa. Inilah hasil Bila Kita bersabar. Semua Yang Kita dapat Dengan Izin Allah.

Oleh itu, saya ada sediakan kepada anda hasil2 saya dan aktiviti saya setelah 1 tahun mengusahakannya. ALHAMDULILLAH Terimakasih ALLAH.

Berada ditapak semaian, sebulan terpaksa menyediakan 300 hingga 500 benih untuk memenuhi pemintaan terhadap benih buluh madu baka china yang terus meningkat.


Inilah Buluh madu/manis baka Taiwan yang sedang membesar



Barisan buluh yang terpacak indah sejuk mata memandang, Pokok Kelapa Matag pun dah besar.


                                                                   

Sibuk memasukkan tanah ke dalam polybag


Inilah hasil benih buluh rebung madu
kepada sesiapa yang ingin membeli benih2 buluh rebung madu ini 
contact saya 
'' Halim : 0132935710 ''
InsyaAllah Permintaan anda akan saya cuba Penuhi 

Kepada mereka yang telah membeli juga sila hubungi saya untuk mendapat khidmat nasihat secara percuma berhubung segala masalah tanaman ini.

Thank you for your support

Monday, August 27, 2012

REBUNG MANIS/MADU BAKA TAIWAN

Inilah rupanya Pokok Rebung Manis/Madu Baka Taiwan yang telah saya tanam untuk percubaan. Rakan saya En Kamarudin telah memperolehi baka ini dan menjual kepada saya dengan harga RM 25.00 sepokok setahun yang lalu.  Pada mulanya saya rasa tertipu kerana daunnya lebar dan batangnya halus serta rendang. Namun Hari Raya yang lepas bila pulang ke kampung saya terkejut kerana rebungnya sebesar betis dan beratnya 1/2 kg setelah diperoses.  Sayangnya dari 5 pokok yang ditanam hanya hidup 3 pokok. Untuk peminat-peminat rebung tolonglah jangan order sekarang untuk pembelian benih taiwan ini. Harap bersabar, saya masih dalam proses untuk menghasilkan benih-benih.

                                  Cantik sungguh mata memandang tapi sayang nak makan


Sungguh tak ku sangka pada mulanya rebung tumbuh halus-halus aje, tapi rupanya ia boleh sebesar betis.

                         
                           Ha nanti bila dah besar boleh jadikan benih. Insyallah aku kena bersabar.


                        Ada orang cakap baka ni spesis yang ada kat Cameron Highland......tak taulah


            Tingginya lebih kurang sama dengan ketinggian buluh rebung madu, cuma daunnya lebar aje.


Amacam.......Gebu dan Manis pula rasanya.  Apa nak tempah? Sorry.....kena tunggu dan ikut giliran daaaaa.

Monday, December 19, 2011

Saturday, December 17, 2011

MENANAM BENIH REBUNG MADU BAKA CHINA

 Dah lama tinggalkan kebun letih juga rasanya

 Tapi bila mengenangkan semangat SAGU aku teruskan usaha membersihkan kebun

 Akhirnya berjaya gak

 Aku tanam baka China

 Aku buat batas tinggi kerana kawasan kg ku kadang2 banjir

 Alhamdulillah selesai juga akhirnya

Insyallah jika diizinkan Allah 8 bulan lagi aku kutip hasilnya

BENIH BAKA CHINA TERUS MENDAPAT PEMINTAAN



Buluh Rebung Madu Baka China terus mendapat permintaan yang menggalakkan, saya mengucapkan berbanyak terimakasih.  Walau bagaimanapun kepada mereka yang terpaksa menunggu untuk mendapatkan benih china tu saya memohon maaf.  Memandangkan bekalan terhad dan seperkara lagi benih kena ambil dari pokok yang benar2 matang jika tidak rumpun tersebut akan merajuk dan tidak mengeluarkan rebung.